welcome!:)
welcome to blog aqmal!
tekan link atas lah bodoh!
about
tadaaaa. this is AQMAL'S PROFILE!:D
hur, my name is Aqmal aite :)
I am so nineteen, still studying
taking major in engineering.
" aqmal is young and dangerous , he still needs to figure out
where he fits in and
who he can trust
"
" intelligent, attractive and confident
"
" take a risk, take a chance, make a change!
"
bolditalicsunderlinestrikeout
Hari Raya Haji
Sunday, November 29, 2009, 7:55 PM

Petang tadi saya dan adik saya baru sampai rumah dari rumah nenek kami. Kami beraya di sana. Raya Haji lah kan bukan raya aidilfitri, jadi saya nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam termasuk kedua ibu bapa saya yang sedang berHaji sekarang ini.
Kami bertolak ke sana pada hari Rabu lalu, sehingga hari ini iaitu Ahad. Sepanjang di sana tak banyak aktiviti yang dilakukan, sehinggalah hari Jumaat, pagi-pagi nenek aku kejut suruh mandi nak pergi sembahyang Raya, saya pun layan saja. Kemudian dah balik rumah, tengah hari pergi lagi masjid sebab nak sembahyang Jumaat pulak, alim betul aku hari tu.
Lepas itu, petang pulak kami pergi mandi-manda di Ulu Yam! Best gila kot, dah lama tak mandi dekat sini. Air sejuk dan tak ramai orang, memang feeling kot nak mandi. Berjoget-joget dalam air lah, sepupu aku yang kecik suka sangat percik-percik air, aku pun tak nak kalah, sekali aku simbah air terus diam diorang hahaha. Pastu kitorang konon-konon nak berkelah jadi bawaklah satu tapewer besar isi keropok roda. Lepas tu boleh pulak tapewer tu terlepas dan kena hanyut . Nasib baik jaguh renang datang menyelamat haha. Lepas tu kan, hujan! Lagi best gila kot, berenang sungai dalam hujan.
Lepas dah pucat berendam lama sangat, dan kaki dah bengkak-bengkak sebab asyik tersepak batu kitorang pun nak balik, tapi hujan tak berhenti lagi. Dalam sejuk-sejuk dan menggigil makan goreng pisang panas plak. Lepas tu kitorang pun balik rumah. Hari sabtu pulak kitorang pergi The Curve , lagi. Pusing-pusing dan lunch dekat Ikea, sweedish food pun not bad. Sebenarnya kan nak tengok wayang tapi budak-budak yang kitorang bawak ramai sangat. Sepupu aku banyak lagi yang bawah umur, jalan dengan diorang dah macam bawak rombongan kanak-kanak tadika. haha. Petang tu pulak tengok lembu-lembu kena sembelih, ishishish.
Hari ahad pulak, kitorang bertolak ke Klang pukul 2 dan sampai rumah pukul 2.45. Sebenarnya hari ini ada tetamu istimewa nak datang rumah nenek aku, tapi aku tak sempat nak jumpa tetamu istimewa tu sebab kitorang bertolak keluar awal. Haha, mengikut cerita nenek aku, tetamu tu datang sebab nak meminang mak cik aku! Haha, apasal la maksu nak kawen awal sangat? hahaha