welcome!:)
welcome to blog aqmal!
tekan link atas lah bodoh!
about
tadaaaa. this is AQMAL'S PROFILE!:D
hur, my name is Aqmal aite :)
I am so nineteen, still studying
taking major in engineering.
" aqmal is young and dangerous , he still needs to figure out
where he fits in and
who he can trust
"
" intelligent, attractive and confident
"
" take a risk, take a chance, make a change!
"
bolditalicsunderlinestrikeout
Pussy Kitty Kat.
Saturday, April 10, 2010, 1:08 AM
Kucing adalah binatang yang baik dan comel. Manusia sudah lama membela kucing sebagai haiwan peliharaan sejak beberapa dekad yang lalu. Namun bagaimana pula dengan kucing jalanan atau stray cat ? Du backyard rumah saya sendiri berlambak-lambak kucing jalanan, and we started to name them!
Ada kucing nama dia nenek, sebab dia banyak kali beranak dan anak dia pun dah kawin dan dah dapat anak, jadi dia dah pangkat nenek la. Ada juga Si Bising, dialah kucing yang paling menyakitkan hati pernah aku jumpa. Kucing jalanan ini tinggal dibelakang rumah orang dan akan bertandang ke pintu apabila tiba waktu makan. Seperti Si Bising, tahu saja dia ni bila waktu makan, pasti dia akan tercegat kat pintu dan meow banyak banyak kali.
Sangat memekak, tak tahu malu betul. Hari-hari datang rumah orang nak mintak makanan. Yang aku pelik, rumah orang lain tak nak pula dia mintak. Kenapa tiap kali breakfast, lunch dan dinner mesti dia ni ada. Pernah juga aku terfikir nak bunuh kucing itu satu hari nanti, tapi sampai sekarang misi itu belum terlaksana lagi. Kucing jenis ini memang tak makan saman, selagi tak dapat makanan dia akan memekak kat pintu, bila tutup pintu pun dia masih ada kat luar, tak malu gila.
Itu yang susahnya kucing jalanan ni, kalau sekali bagi makan, mulalah tiap-tiap hari dia akan datang menuntut makanan. Padahal yang bagi kat dia tu cuma tulang dan sisa nasi saja, itu pun nak. Lepas itu kalau makan memang gelojoh, ada macam bunyi aneh keluar dari mulut dia. Teruk betul kucing-kucing ini.
Lagi satu, kucing rumah yang memang aku bela, dia ni kecik lagi. Masa dia baru lahir, aku perhatikan proses dia membesar. Mula-mula pandai buka mata, lepas itu berjalan kemudian minum susu. Kemudian dah pandai main, lepas itu pandai bunyi 'meow' .Seterusnya dah pandai merayau rumah jiran-jiran, kemudian dah pandai bergesel-gesel - kucing memang teror bab gesel-gesel. Si kecik ni suka main lipas kat porch kereta, aku tak tau mana dia jumpa lipas. Memang tak berfaedah betul, cubalah buat benda yang bermanfaat, tolong sapu sampah kat porch kereta tu ke, mengumpul setem ke, atau online facebook. Kan lagi best.
Keluarkan Keseteressan
Friday, April 09, 2010, 9:48 PM
Isnin lepas, aku keluar dengan classmates seramai 12 orang saja. Nak enjoy sebab last week kepala jadi sewel banyak sangat pressure. Tambah pulak kelas hari isnin tu cancel, memang mengantuk lagi dihulur bantal lah. Mula-mula ice-skating, diorang perlu banyak belajar lagi dari aku, haha. Kemudian makan, kemudian bowling. Main dua lane, siapa menang belanja popcorn. Macam biasa, bersorak macam gila, tapi dah setengah game semua diam, dah sakit tekak.
Kemudian tengok Clash of the Titans, in 3D! Tapi tak best, cerita dia best, more or less mcm percy jackson tapi kenapa 3D cerita ini tak real? Pulangkan duit kami, kami nak duit kami balik! Dah la subtitle cine je yang ade, nasib baik english aku power - haha bajet. Seterusnya makan ramai ramai lagi. Kat pizza hut, terjumpa ex skolah kitorang kerja situ, baru lepas spm. Kitorang memula panggil dia abang, tapi lepas tau umur dia baru 18 , kitorang tarik balik gelaran abang tu, haha
Antara Mimpi Atau Realiti.
Thursday, April 08, 2010, 8:25 PM
Aku rasa aku ada menghidap satu penyakit la yang dinamakan - Dream Reality Imbalance ( istilah yang aku reka sendiri ) Kalau dulu aku rasa frust bila aku tak dapat recall apa yang kita mimpi malam tadi. Tapi kita dapat rasakan yang mimpi itu best, tapi tak dapat ingat semua, so macam kecewa dapat ingat sekerat-sekerat saja dan mungkin tak tau ending mimpi itu.
Tapi sekarang aku rasa pelik bile kebanyakkan mimpi yang aku alami masa tidur aku dapat ingat. Kadang-kadang aku ini cepat bermimpi, selalu lepas subuh aku tidur balik, mimpi terus start. Lepas itu aku selalu dapat recall aku mimpi pasal apa. Yang memening-kannya mimpi aku banyak berkisar pasal soal kehidupan harian aku. Macam masa tidur aku tak menghalang aku untuk terus bekerja.
So bila aku bangun tidur, aku recall mimpi aku contohnya oh assignment aku semua dah siap. Tiba-tiba 10 minit lepas tu baru aku teringat. Eh assignment aku belum siap! Aku siapkan assignment aku dalam mimpi! Yang relitinya, assignmentaku masih tak terusik pun. Contoh yang lain aku tidur dalam keadaan lapar, bila aku bangun tidur, dalam fikiran aku aku dah makan lima pinggan nasi. Tapi lepas tu baru aku teringat, sebenarnya aku belum makan, yang aku makan lima pinggan itu dalam mimpi sahaja.
Nampak tak betapa kroniknya masalah aku? Mimpi aku banyak berkaitan dengan kehidupan seharian aku. So aku terpaksa berfikir sejenak sama ada ia sebenarnya mimpi ataupun realiti.
Motoria.
Wednesday, April 07, 2010, 11:48 PM
Petang tadi, habis saja koko aku terus merempit nak balik rumah. Tak tau lah kenapa asal petang saja mesti hujan. Jadi aku sudah nekad untuk taknak melenjun mandi hujan lagi, aku sudah muak, jijik dan tak boleh terima lagi! Kita dah clash, dah takde pape hubungan lagi! Jadi sampai simpang nak masuk highway lampu traffic light merah.
Jadi aku berhentilah dengan gagahnya, tiba-tiba ada sorang mat sallah rambut blonde panjang naik motor berhenti sebelah aku. Tiba-tiba dia tanya do you know how to get to sri hartamas? so aku macam tercengang, amboi jauhnye dia nak pergi. So aku jawab i think you should take left dari simpang yang kitorang berhenti tu, tapi macam jauh kot, sekarang kat shah alam, then dia tanya lagi what about desa melawati? bapak lagi jauh.
Oh btw, i nak beritahu yang moto i baru tukar rim baru, sexy taw. haha. Yah, lepas tragedi malam tu, terjadi rentetan peristiwa sehingga terpaksa tukar baru. Nak cerita tapi macam malu lah. Malam tu dah agak lewat dan hujan. Tiba-tiba, terjadi tuuut. Baru balik dari disko jadi macam itu pulak. Haha.
BFF
Tuesday, April 06, 2010, 8:47 PM
Kadang-kadang aku pernah terfikir, kalaulah aku ada kawan baik. Best friend tahap hardcore, memang bff sampai mati. Kalaulah aku ada kawan yang mempunyai fikiran yang sama seperti aku, yang dapat menghiburkan aku, yang gila macam aku. Aku teringin sangat nak dapat kawan yang macam itu. Tapi terus terang aku cakap, aku tak pernah ada kawan baik. Semua hanya kawan biasa saja, dalam ribuan tiada seorang pun yang betul-betul aku anggap kawan sejati.
Kekadang aku agak cemburu tengok kawan aku yang ada kawan baik, memang rapat nak mati. Tak pernah gaduh apatah lagi menyakitkan hati. Sentiasa bersefahaman, sentiasa gelak dan tak pernah sedih. Aku teringin nak ada tempat aku cakap apa saja aku nak cakap. Memang aku dah ada kawan dan keluarga, tapi tak sama dengan kawan yang kita anggap soul-mate.
Terus-terang juga aku cakap aku tak suka dengan beberapa kawan aku sekarang. Diorang buat baik depan aku, mesra semacam, hormat tapi belakang aku, aku tau diorang selalu gelakkan aku. Ada juga kawan yang suka keluar dengan aku, tapi sebab aku berduit. Nak suruh aku belanja itu ini, nasib baik aku tak sebodoh itu.
Kenapa susah sangat nak cari kawan? Aku tengok kawan aku elok je berkawan sana sini. Bukannya aku tiada kawan langsung, cuma kadang-kala aku terfikir kenapa aku berkawan dengan diorang. Dan kenapa aku ada kawan macam diorang. Tak semua kawan aku jahat, ada juga yang baik tapi yang jahat itulah yang selalu mengguris perasaan aku,
friends is someone who knows your past, believe in your future and accept the way you are, right now.
Hari Raya!
Saturday, April 03, 2010, 9:31 PM
Hari semalam telah diberi penghormatan untuk bergelar
Hari Raya !
Ini semua kerana semalam memang gila gila gila
punya hari. Kelas aku hari jumaat tu
memang sangat packed dengan quiz dan test
Dalam satu hari, berderet-deret
dimulakan dengan Test UK
diteruskan dengan Quiz AK, disambung dengan Test EMC
seterusnya Test MT
akhir sekali Quiz MS
Memang non-stop, setiap subjek yang ada hari ni
semua ada quiz atau test, kenduri betul kitorang semalam.